Saturday, April 12, 2014

Petua Orang2 Tua

well, part ni mungkin akan sentiasa di update. untuk peringatan sy and share ngan sesapa yang nak baca. have fun (fun ke?). klu korg nak share jgk pun di alu2 kan. heee. tapi aku akan sertakan ngan scientific analysis. so kita bleyh sme2 nampak betapa betul jugak petua org dulu-dulu. tapi ada yg tak dpt dibuktikan tau. be aware. huhu...

  1. Sentiasa letak beras dlm pot/cawan beras selepas siap ambil beras supaya rezeki tak putus. Scientific nya org dulu-dulu ada bekas beras yang dalam. yelah nak sorok dr org lain maybe. so diorg kena sentiasa ready kan beras dlm cawan sebagai acknowledge yg beras tu ada lagi. klu tak letak, tetiba beras habis dah. dlam cwn pun tak de. tak ke putus bekalan makanan tue?
  2. Share air minum ngan ibu kucing, better yg bru lepas beranak supaya senang bersalin. yelah klu tgk kucing, kat mana-mana pun senang je bersalin. byk plak tu each time. kes ni lebih kurg cm cite badang nak kuat minum muntah jin. haha gitu lah. scientific nya tak dapat dibuktikan ngan akal beta. air tu pun konform kotor kot. hehe
  3. Letak/Sapu air kencing atau tahi hidung di tumbil mata (ketumbil/ketembel/etc) supaya cepat sembuh. tak tahu apakah hasiatnya.. haha
  4. Tadah dan minum semula air kencing jika terminum racun. haha nampak mcm tak logik kan. tapi dah pernah nampak depan mata. ada sorg nenek ni, dia masuk hospital. dia mmg dah tua sgt. dalam 60++. dia ada semput and darah tinggi, and sakit-sakit org tua. tetiba ada nurse dtg suh nenek tu minum air warna kuning (ni kes kat hospital kerajaan la). lepas minum, bdan berpeluh-peluh, kepala pening nak muntah lah segala rasa mcm dah rasa. mujurlah nenek tu pernah tertelan racun dulu. so dia tau la apa tanda-tandanya. dia pun berhati-hati ke bilik air, kencing, jampi2 minum. dan nenek itu masih hidup hingga hari ini. alhamdulilah... huhu 

No comments:

Post a Comment