“Susah sangat ke nak kerjasama dengan saya? Awk ingat saya raksasa ke? Saya ajak baik-baik pun tak nak terima. Bukannya saya suruh awak kahwin dengan saya. Saya cuma nak awak join study group saya. Please!”
Kasihan pulak dekat mamat seekor ni. Tapi tak mungkin aku akan menerima pelawaan daripada ‘buaya darat’ yang paling famous kat kampus aku. Entah apa jadi kalau aku join study group dia.
“Ya Allah! Cik, saya penat merayu panjang lebar. Awak boleh termenung sambil berangan-angan? Tak patut betul la awak ni!”
Mia Hanis tersipu-sipu. Berangan punya pasal, sampai boleh lupa situasi yang sedang dihadapi.
“Er... siapa nama awak?”
Adam tercengang. Biar benar perempuan ni. Aku cakap lain, dia cakap lain. Oh, mungkin dia nak berkenalan dulu kot sebelum join study group aku.
“Nama saya Adam Hasif bin Ahmad Hariz. Selamat berkenalan. Nama awak?” Adam menghulur tangan tanda salam perkenalan. Senyum seikhlas mungkin di lemparkan. Marah sebentar tadi dicontrol sedaya upaya.
“Maaflah En... apa tadi? Ha...En. Adam Hasif. Saya dah ada study group saya sendiri. Tak perlulah awak nak suruh saya join study group awak. Saya rasa ramai lagi wanita di kampus ini yang sudah tertunggu-tunggu pelawaan awak. Maaf, saya tengah sibuk ni. Ok. Selamat tinggal En. Adam.”
Muka Adam merona merah. Sudahlah huluran tangan tidak disambut. Lepas tu, sesuka hati dia je pergi tinggalkan aku sensorang kat sini. Tapi macam manalah si Mia Hanis tu tak boleh cair dengan mukanya? Kenapa, kenapa, kenapa? Hish... teringat lagi kat perempuan ni.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Doom!”
Ashraf yang sedang khusyuk study, tiba-tiba berdiri kerana terkejut yang amat.
“Aduh! Adam mintak tolong boleh tak? Cuba la kau hargai roomates kau seorang ni. Kau sedar tak setahun seorang je roomates. Kalau setiap tahun mati sakit jantung, aku conform kau kena tendang daripada duduk asrama tau. Dah dapat duduk asrama ni cubalah bersyukur sikit! Dahlah anak Dato’...”
“Ha! Cukup-cukuplah tu Ashraf. Kau membebel panjang pun tak masuk otak aku. Lagipun aku tahu, kau tak ada rekod sakit jantung kan?”
Adam hanya tersengeh melihat Ashraf yang masih terperanjat. Itulah roomates yang paling dia sayang. Paling setia dan paling ambil berat tentang dirinya. Kadangkala lebih daripada perhatian Mama dan Daddy. Ashraf, kaulah sahabat aku dunia akhirat!
“Baguslah kalau dah sedar. Wahai tuanku Adam, bolehkah hamba bertanya barang sebentar? Aduh!” Bantal Adam sudah mendarat mengenai tepat ke mukanya.
“Kau cakap sekali lagi macam tu, aku campak kau dari tingkat 3! Nak tanya apa? Cepatlah,” Adam sudah mencapai tuala Manchesternya.
“Ok, ok. Bawa bertenang. Kenapa kau ni? Marah-marah. Datang bulan ke?”
“Yes I am! Banyaklah kau! Aku frustla. Puas aku pujuk Hanis tu. Sombong tak bertempat. Aku merayu, dia berangan. Aku mintak persetujuan, dia tanya nama aku. Lain dari yang lain lah budak tu,”
“Alah, lain dari yang lain pun, itulah yang kau kejar siang malam. Sampai termimpi-mimpi!”
“Macam mana ni, presentation dah nak dekat. Group aku tak cukup lagi. Hanis tu budak pandai. Kalau dia join group aku, mesti gilang-gemilang markah aku,”
“Oh, ni kes kau nak pergunakan dia lah ye? Kalau macam tu, sampai habis semester kau pujuk pun dia tak layan,”
“Habis tu macam mana? Memanglah plan asal macam tu. Tapi lama-lama aku rasa, aku dah jatuh cinta la.”
“Ala, bukan aku tak tahu engkau tu. Bila masa jumpa perempuan kau tak jatuh cinta? Cuba cakap.”
“Ashraf, dia lain dari yang lain tau. Aku tau, kau ada affair dengan roomates dia kan? Alia kan nama dia? Ala, tolonglah Ashraf. Cakap dengan Lia, aku nak jumpa Hanis depan library malam esok. Tolonglah... please!”
“No hal Dam. Tapi...”
“Tapi apa?”
“Upah?”
“Yelah aku faham. Itu kemudianlah. Aku nak hasil dulu.”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Manalah ‘mangkuk ayun’ ni. Tadi suruh aku tunggu depan library. Dah pukul berapa dah ni. Lia pun mengada-ngada pergi date dengan Ashraf pulak. Semalam cakap nak teman aku jumpa Adam. Hish...mungkir janji betul. Cepatlah, dah tak ada orang ni.
“Cik...” Huh? Siapa ni?
“Ya, boleh saya bantu saudara? Eh, apa pegang-pegang ni?” Lelaki itu mencengkam lengan Hanis. Lalu, tanpa belas kasihan, satu penampar hinggap dimukanya.
“Ila, kenapa tinggalkan abang? Abang rindukan Ila tau tak? Dulu Ila janji nak jaga abang, nak sehidup semati dengan abang. Tapi sekarang, Ila hilang macam tu je. Abang rindu sangat kat Ila,” Lelaki itu mula mendepangkan tangan ingin memeluk tubuh Hanis.
“Saudara!” Satu penumbuk singgah tepat di muka lelaki itu. Hampir sahaja rebah. Riak mukanya menunjukkan betapa dia tidak berpuas hati dengan lelaki yang baru sahaja menumbuknya.
“Hei, engkau siapa? Dia isteri aku, jangan masuk campur!,”
“Hanis, dia ni suami awak ke?” Eh mamat ni. Sempat nak tanya aku. Aku ni rupa orang dah kahwin ke?
“Bukan, saya tak kenal dia pun.”
Belum sempat Adam berpaling, perutnya terasa senak ditumbuk lelaki itu. Darah menyembur dari mulut . Hanis kaget. Dia segera berlari.
“Hanis... awak tinggalkan saya?” kata-kata itu hanya singgah di tekaknya. Tidak terucap dek lidahnya yang kelu. Tumbukan bertubi dibiarkan, pasrah!
“Hei, berhenti!” pengawal keselamatan itu cuba menangkap lelaki itu. Namun lelaki itu lebih pantas berlari. Tidak terkejar oleh pengawal keselamatan yang sudah setengah abad umurnya.
“Adam...Adam...,”Hanis memangku kepala Adam. Darah membuak-buak mengalir pekat dari mulutnya. Air mata Hanis tumpah.
“A...wak....”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“En. Adam boleh balik hari ini. Nanti En. Adam ambil ubat di kaunter. Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya keluar dulu.”
“Eh, nanti. Tak ada siapa ke yang jaga saya? Datang melawat saya? Takkan nurse seorang je? Dah berapa hari saya pengsan ni?”
Mama dan Daddy pun tak datang? Tak ada siapa pun tahu? Hanis pun tak datang? Memang kurang ajar betul. Aku dah tolong, dia lari macam tu je. Siaplah kau aku jumpa kat kampus nanti! Memang perempuan yang tak kenang budi!
“Sekarang dah pukul 12 petang. Maknanya, En...”
“En. Adam,”
“Ya, maknanya dah 22 jam encik tak sedarkan diri. Bukan tak ada yang melawat, En. Ashraf ada malam tadi. Mungkin encik tak sedar. Lepas pemindahan darah, En. Adam pengsan. Tapi pukul 8 pagi tadi, dia dah keluar. Ada kuliah katanya. Teman wanita En. Adam pun dah keluar. Bertuah betul dapat girlfriend macam dia tu. Siang malam dia jaga encik, ” Alah, sopan betul nurse ni. Kalau Hanis macam ni, sekarang jugak aku bawa dia pergi nikah.
“Tak pelah Cik Nurse. Saya rasa dah tak ada apa-apa dah. Terima kasih jaga saya.” Sekurang-kurangnya, Ashraf ingat kat aku. Daripada perempuan tu. Aku pun bodoh sangat kejar dia. Ramai lagi perempuan kat kampus tu.
Seingatnya, sewaktu dia dibelasah teruk oleh lelaki ‘gila’ itu, tiba-tiba tumbukan terhenti. Dia sudah terjelepok di atas tanah. Kepalanya terasa berat dan seperti diangkat sesuatu. Kemudian beberapa titis air seperti air hujan jatuh dia atas mukanya. Dia hanya ingin memanggil Hanis supaya tidak meninggalkan dia pada waktu itu. Tapi semuanya kelam dan terus gelap.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Pulang ke kampus, Adam hanya berfikir untuk mengenakan perempuan itu. Kalau boleh biar dia rasa kesakitan hati dan fizikalnya. Perempuan tak kenang budi!
“Adam...” Pergh...macam tahu jek aku tengah fikir pasal dia.
“Hm...nak apa jumpa saya ni. Nak suruh orang belasah saya lagi?” Hanis tergamam. Kenapa mamat ni? Aku nak ucap terima kasih pun tak boleh ke? Kalau tak, sampai lubang kubur cari aku.
“Saya nak ucap terima kasih pasal malam tu. Terima kasih sangat sebab selamatkan saya. Presentation awak pun bagus tadi. Tak ada saya pun takpe kan?” Ala aku tak kisah sebab aku tahu kejap lagi kau mesti melutut minta maaf kat kaki aku sebab kau dah tinggalkan aku sorang kena belasah.
“Erm...rasanya itu je. Oklah, saya gerak dulu. Babai,” Hampeh, tak cakap sorry pun! Memang tak guna! Takkan dia tak sedar langsung aku dah korbankan nyawa aku pada dia? Arghhhh.......!!!!
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Adam meghempas tubuh sasa kebanggaannya ke atas katil. Sakit hatinya membuak-buak. Rasa ingin ditampar-tampar wajah ‘baby face’ itu tadi. Namun dia masih waras dan boleh berfikir matang. Dia masih menjaga air muka gadis itu. Amboi, takkan hati dia je nak jaga! Hati aku ni, siapa nak ubat oi!
“Adam... macam mana presentation kau tadi? Ok ke k.o ? Kau tak jumpa dia ke tadi. Kasihan budak tu.”
“Kasihan? Budak mana ni? Budak yang kat tepi warung tu ke? Oh, memang kasihan. Aku ada bagi RM2 pada budak tu. Bolehlah tampung makan tengah hari dia.”
“Bukan budak tepi warung. Aku cakap pasal Hanis lah. Kau tak tengok ke muka dia cengkung? Mata pun bengkak.”
“Hei, sejak bila kau ambil kisah pasal perempuan tu? Mampus dialah, nak cengkung ke, nak mati ke, aku peduli apa? Aku dah nak mati dia tak peduli. Sekarang, setakat cengkung pun, takkan aku nak ambil kisah?”
“Tapi dia...”
Ah...tak sempat. Adam sudah menghempas pintu bilik. Ke mana agaknya? Ashraf sendiri tidak mengerti. Kenapa kini Hanis bagai tidak bererti buat Adam.
“Eh, Ashraf. Esok kau kirimkan salam aku pada Hanis dengan lafaz assalamualaikum. Sorrylah tadi marah-marah. Saja je, testing.” Pintu ditutup kembali. Fuh...lega hati Ashraf. Adam hanyalah bergurau.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Hanis!” Ashraf berlari-lari anak mendapatkannya. Hanis hanya tersenyum. Kelakar betul mamat ni lari.
“Kenapa ni Ashraf? Nak saya tolong paskan Cadbury pada Alia ke? Cukup-cukuplah Ashraf, nanti kalau gemuk kawan saya tu, siapa susah? Kita ni jugak.” Hanis menunjuk-nunjuk dirinya.
Kelakar betul setiap kali Alia mendapat coklat Cadbury daripada Ashraf. Coklat itu pasti ‘diperam’ di bawah bantal. Katanya nanti lebih sedap dan enak. Lemak berkrim disukai ramai. Hanis tidak dilupakan. Dia pasti akan dapat merasa sedikit daripada coklat itu.
“Bukan. Er...awak sihat? Lama tak jumpa awak. Saya nak sampaikan salam Adam pada awak je. Ok tugas saya dah selesai.”
“Oh, ingatkan apa tadi. Saya sihat.Thanks.”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Iskh, bingungnya otak aku. Nak terima ke tak nak? Bukan prinsipnya terus menerima. Dia pasti berfikir dulu sebelum membuat keputusan. Setiap kali membuka almari pakaiannya, sudah pasti dia akan teringatkan Adam. Mana tidaknya, almari itu sudah sesak dengan pemberian daripada Adam . Kini dia harus menimbang-nimbangkan pelawaan lelaki itu ingin membawanya keluar makan malam.
“Hanis Please! First and last. Saya just nak bawa awak pergi makan malam je. Saya janji kalau awak tunaikan permintaan saya malam tu, saya janji takkan kacau hidup awak lagi.”
“Tapi, saya rasa saya tak ada hutang dengan awak. Kenapa pulak saya nak terima pelawaan awak. Berikan saya 10 sebab.”
“Ok, awak dengar 10 sebab saya ni. Pertama, saya suka kat awak. Kedua, saya rasa saya dah jatuh hati kat awak. Ketiga...”
“Cukup! Saya tak kira apa pun alasan awak seterusnya. Saya tetap tak nak terima. Saya ada banyak assigment belum siap ni.” Hanis seakan-akan merayu.
“Banyak assigment? Tak perlulah awak nak tipu saya. Ashraf kata, assigment awak selalu siap awal. Student lain baru cari bahan, awak dah separuh siap. Tolonglah...please....” Adam mencebikan bibir menjadikan mukanya yang cute nampak lebih keanak-anakan. Wajah Hanis merah menahan gelak.
“Nantilah saya fikirkan.”
Sejak hari itu, setiap kali habis kuliah, Adam pasti akan menemuinya untuk mengehtahui jawapan daripada Hanis. Tidak jemu-jemu.
“Pergi jelah Hanis. Bukan dia nak culik kau. Paling koman pun, dia just bawa kau kahwin lari kat sepadan je.”
“Tapi, aku tak ada baju. Cuba kau fikir. Dia nak bawa aku malam 14 Februari. Aku pun banyak assigment tak siap. Pastu nanti....”
“Eh, sekejap ye Cik Hanis. 14 Februari pun Ashraf nak bawa aku keluar makan malam. Apa yang special sangat 14 Februari ni?” suasana sepi. Alia menggerak-gerakkan matanya ke atas. Sebagai tanda dia sedang berfikir.
“Ya Allah. 14 Februari kan...Valentine Day!” Alia hampir menjerit.
“Maknanya, kawan aku dah ada boyfriend. Pergh, tidak disangka-sangka. Tahniah,tahniah. Bila nak rasa nasi minyak ni. Hm?” Alia mencuit-cuit bahu Hanis.
“Tapi...”
“Dah. Tak ada tapi-tapi lagi. Baju aku uruskan. Esok, bila dia jumpa kau. Kau just cakap, ‘baiklah, prince charming’. Jangan cakap benda lain tau. Nanti aku suruh Ashraf pantau.”
“Baiklah...buaya darat. Hehehe, ok tak?” Alia hanya mengangkat bahu. Kalau dah kepala batu tu, kepala batu jugak!
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Kita nak makan kat mana ni?”
“Kita makan kat mulutlah. Hanis makan kat tempat lain ke?” eh mamat ni. Buat lawak bodoh pulak yer.
“Eh, kenapa senyap? Marah ye? Saya minta maaf ok. Hm...kita dah sampai.” Kereta Honda Prelude Adam sudah berhenti di hadapan restoran.
“Tapi...” wajah Hanis pucat. Sangkanya hanya di cafe biasa.
“Silakan...Princess Hanis. Adam harap Hanis sudi,” mereka melangkah masuk ke restoran itu. Sebuah meja sudah terhias bertemakan ‘candle light dinner’. Memang meja itu telah ditempah Adam awal. Special untuk malam itu.
“Jemput duduk,” pelayan berbow maroon itu menarik kerusi untuk Hanis.
“Hanis nak makan apa?” Hanis ragu-ragu. Adam tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipitnya.
“Kalau macam tu, waiter, bawakan makanan dan minuman paling special di sini.”
“Baik En. Adam.” Pelayan itu beredar dari meja yang dihias bertemakan warna merah hati. Hanis menghantar pemergian pelayan itu dengan pandangan kosong.
“Awak risau?”
“Risau kenapa?”Hanis kembali ke alam realiti. Pandangannya patah di tikam renungan luar biasa Adam. Adam mengalihkan pandangannya kepada pelayan yang membawa makanan. Hanis kelihatan tidak selesa. Tapi malam itu, Hanis tampak anggun dengan blaus pink dan skirt labuhnya.
“Hanis nampak cantik malam ni.” eh, puji macam berisi je.
“Terima kasih.” Kasihan mamat ni. Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. Mesti kering cari idea.
Kesepian melanda mereka. Hanya bunyi sudu dan garpu yang kedengaran. Keadaan itu merimaskan Adam. Ah...sunyinya.
“Hanis dah ada teman istimewa?” Adam menduga. Entah kenapa soalan itu yang berebut-rebut ingin keluar dari mulutnya. Hanis terdiam. Menyesal pula dia memberi peluang Adam mencari topik untuk berbual.
“Dah...” Adam tergamam. Mukanya jelas hampa.
“Habis tu, dia tak marah ke awak makan malam dengan saya? Hari Valentine pulak tu.”
“Kenapa pulak nak marah? Dia pun ada date dengan Ashraf. Takkan awak tak tahu?” Ha? Ashraf hari ni keluar dengan....Oh! buat lawak rupanya!
“Saya bukan maksudkan bestfriend, tapi boyfriend. Ada tak?”
“Buat masa ni, tak ada.” Telapak tangannya digosok-gosok. Berada di dalam kereta besar itu seperti berada di kawasan antartika. Bukan selalu naik dia menaiki kereta mewah. Tangan yang digosok-gosok beralih ke perutnya. Entah kenapa, perutnya seperti dipulas-pulas. Adam membelokkan keretanya ke dalam kawasan asrama. Hanis berusaha menyembunyikan kesakitannya.
“Terima kasih sebab sudi bawa saya keluar makan. Makanan tadi pun sedap sangat. Terima kasih sekali lagi.” Hanis melangkah ke asrama.
“Awak...nanti!” Adam menghampiri Hanis. Tangan gadis itu diraihnya.
“Ya?” Hanis menarik tangannya dari genggaman Adam.
“Saya nak buat satu permintaan boleh?”
“Awak ni banyak sangat permintaanlah. Saya bukan pari-pari pun. Kalau boleh saya tunaikan. Kalau tak boleh, saya minta maaf.”
“Sudi tak awak jadi girlfriend saya?” Hanis tergamam. Akhirnya soalan ‘favourite’ penuntut-penuntut sepertinya itu keluar juga.
“Tapi, saya.... tak boleh la...” Wajah Adam hampa.
“Saya merayu sangat. Takkan sedikit pun awak tak ada apa-apa perasaan kat saya?” Hanis buat muka tak berperasaan.
“Saya hanya anggap awak sebagai... seorang rakan sekuliah.” Adam hot. Keras betul kepala perempuan nie. Aku merayu pun dia tak layan.
“Please... sebelum saya tinggalkan dunia ni...” Hanis terkedu. Mengira-ngira andai telinganya tersalah dengar. Adam tersenyum melihat wajah terkejut Hanis. Pasti berjaya plan aku kali ini.
“Awak sakit apa?”
“Saya sakit hati. Hati saya ni.... kosong. Minta di isi.” Adam tersenyum nakal sambil mengosok-gosok dadanya.
“Awak jangan bergurau. Saya serius ni.” Adam berpaling. Bersedia untuk memulakan rencananya.
“Saya ada barah otak... tapi saya tak nak awak terima saya atas sebab simpati tolonglah. Saya benar-benar perlukan cinta sejati awak. Cinta yang belum di sentuh oleh sesiapa.” Ah... Adam tidak tahu. Hati Hanis milik orang. Seseorang yang tidak pasti ke mana menghilangnya.
“Maafkan saya... awak tak layak jadi kawan saya lagi...dan...saya nak putuskan persahabatan kita di sini.” Adam tergamam. Kemarahan yang terbuku meletus di dalam hati.
“ Takpelah Hanis. Saya faham...” Adam mula mengatur langkah menuju ke kereta. Sakit hati dan dendamnya pada gadis itu bagai tidak boleh ditampung lagi.
“Saya tak nak jadi kawan awak sebab... saya sudi jadi girlfriend awak!” Luna menuturkan kata-kata itu berhati-hati. Namun masih boleh didengari Adam. Adam berpaling. Wajahnya sangat gembira. Dia berlari ke arah Hanis. Satu kucupan hangat hinggap di pipi Hanis. Hanis tergamam. Mukanya merona merah. Pipinya yang mulus itu telah tercemar!
“Ops... sory! Terima kasih...” Adam berlari sambil melompat-lompat. Gelagatnya melucukan...
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Abang akan sentiasa jaga Hanis. Nanti bila kita dah kahwin. Abang takkan tinggalkan Hanis. Abang bersumpah”
“Abang Riz jangan bersumpah. Sumpah boleh makan diri tau.”
“Abang tak kisah. Asalkan abang tahu. Walau di mana abang berada, ada orang yang selalu menanti kehadiran abang, sayang pada abang. Betul tak?”
“Siapa orang tu?”
“Hanislah. Siapa lagi?”
“Ea-eh...pandai je. Siapa kata Hanis sayang pada Abang Riz? Abang Riz je yang perasan kot?”
“Hanis... tak sayangkan Abang? Takpelah, biar abang mati!” Rizal berlari menuju ke gigi air. Mendepangkan tangannya seperti ingin terjun ke dalam air.
“Abang Rizal! Ok...ok... Hanis mengaku Hanis sayang sangat Shahirul Rizal b. Hamid. Puas?” Rizal berpaling dan tersenyum. Hanis diraih semula dalam dakapannya.
“Betul? Tak tipu?”
“Tak betul. Tipu! Lain kali kalau nak mati janganlah nak terjun dalam air. Macamlah Hanis tak tahu abang teror berenang” Hanis mencuit hidung mancung lelaki itu.
“Hanis jangan main-main.” Hanis merenung anak mata Rizal yang berwarna hazel itu. Sungguh menawan hatinya. Tapi mata itu nampak sedih. Seperti ada sesuatu yang tak tercapai.
“Hanis sayang kat abang. Sayang sangat-sangat. Sampai bila-bila pun... walau...”
“Walau kita kena berpisah buat seketika waktu?”
“Apa yang abang cakap ni?” Hanis meleraikan pelukan Rizal tanda protes.
“Abang kena keluar negara. Ada hal sikit. Tak lama 3 bulan je.”
“3 bulan? Abang cakap tak lama? Abang yang pergi bolehlah abang cakap macam tu. Hanis yang tunggu ni? Abang memang tak sayang Haniskan?” Air mata Hanis bergenang.
“Hanis...tolonglah lepaskan abang. Kalau Hanis tak restu abang pergi, nanti kalau abang pergi kemalangan siapa susah. Hanis jugak. Nanti Hanis muda-muda jadi janda.”
“Abang Riz jangan cakap macam tu. Kita belum kahwin lagilah” Hanis mula tersenyum.
“Abang Riz janji. Selesai je hal tu. Abang terus balik. 3 bulan je.”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Terima kasihlah Hanis. Susah-susah je buatkan assigment aku.” Hanis terkejut. Suara Alia yang kuat bagai menghentam otaknya menghilangkan memori yang berlegar-legar di hadapan matanya.
“Kau ni, cubalah beri salam. Terkejut aku tau. Nasib baik tak mati. Bila masa pulak aku buat assigment untuk kau. Ni assigment Adam la.” Alia terdiam. Ada sesuatu yang tidak kena.
“Hanis...” Alia memusingkan kerusi Hanis.
“Apa lagi ni?”
“Kau dah banyak buatkan assigment Adam. Dia jadi boyfriend kau untuk buli engkau ke?”
“Lia...tak baik cakap macam tu. Adam sakit. Aku tolong apa yang mampu je.” Alia terdiam lagi. Adam sakit? Sakit apa sampai tak boleh buat assigment?
“Sakit apa?”
“Barah otak... eh dahlah Alia. Aku nak sambung buat assigment.” Barah otak?Adam?
Hanis menyambung semula assigmentnya. Memorinya hadir lagi. ‘Abang Riz, kenapa Abang tipu Hanis? 3 bulan...tapi dah 3 tahun Hanis tunggu Abang.’ Adam... wajah lelaki itu mngaburi mata Hanis. Melempar memori Abang Riz jauh. Jauh dari hatinya. Cintanya kini hanya pada Adam. Sebelum Adam pergi buat selama-lamanya, akan dicurahkan seluruh kasihnya pada lelaki itu.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“By...Honey nak cakap sikit boleh?”
“About what? Our relationship? Honey bawalah bersabar. By tengah kumpul duit ni.”
“Honey nak cakap pasal Hanis dan Adam. By tahu tak Adam ada barah otak?”
“Astaghfirullah... siapa yang sebar fitnah ni? Adam sihat-sihat dikatanya ada barah otak. Kalau By tahu siapa yang bawa fitnah ni, By belasah dia cukup-cukup. Ni mesti nak rosakkan kebahagiaan Hanis dengan Adam. Honey tahu siapa yang bawa fitnah ni?
“Hanis yang cakap dengan Honey.” Ashraf terdiam. Semangatnya yang berkobar-kobar luntur.
“Hanis dengar daripada siapa. Mesti ada orang yang cakap dengan dia.”
“By......By sedar tak kita cakap tentang siapa? Kita cakap tentang Hanis, bukan Adam. By tahukan Hanis mana rapat dengan sesiapa selain kita?” Ashraf diam lagi.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Dam aku nak tanya sesuatu, tapi kau jawab jujur.”
“Mak oi. Serius gila. Kenapa dengan kau ni? Ada big problem ya?” Adam tersengeh-sengeh.
“Betul ke kau ada barah otak? Cakap betul-betul Adam. Kalau betul, aku sedih sangat sebab perkara besar macam tu kau tak cakap dengan aku langsung.” Adam tunduk. Dia bangun dari pembaringannya lalu ke pintu, mencapai kunci keretanya.
“Kau tak perlu tanya apa-apa Ashraf. Aku memang tak ada barah otak.”
“Habis tu, kenapa kau tipu ?” Adam berlalu tanpa menjawab soalan itu. Ashraf geram. Dia mengesan sesuatu dalam tindak-tanduk Adam kebelakangan ini.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Indah pemandangan di tepi pantai itu. Udara yang bertiup menyapa wajah manis Hanis di bawah pokok. Hatinya terasa tenang. Cinta di hatinya sudah menjadi milik Adam.
“Iskh... Jauhnya menung. Sampai mana tu?” Hanis tergelak. Pipi Adam di cubit sekuat hati. Adam menjerit kesakitan. Mereka berlari lari di gigi air. Hati Hanis sangat bahagia. Adam mendakap tubuh Hanis. Tubuhnya di peluk erat. Seperti tidak akan dilepaskan sampai bila-bila.
“Adam sayang sangat kat Hanis...” Hanis tersenyum manja.
“Saya tak percaya..”
“Tak percaya?” Adam menyeluk sesuatu dari poketnya. Dia mengeluarkan seutas rantai. Dia situ terdapat ukiran ‘ADAM LUV HANIS’. Adam melutut di hadapan Hanis.
“Saya tak suka tengok awak menangis. Saya tak nak lihat air mata awak lagi. Saya akan bahagiakan awak...sampai awak lupa macam mana nak menangis.”
“Terima kasih kerana sudi menyayangi saya. Tolong jangan kecewakan hati saya.”
“I will face all of the challenge for you. Em... Saya nak bawa awak round pulau nak tak?”
“Tapi saya....”
“Ikut je lah.” Adam menarik tangan Hanis. Hanis mengekori rapat dari belakang. Tarikan itu kasar. Hanis rasa tidak sedap hati. Dia teragak-agak sewaktu menaiki bot besar itu.
“Cantik tak pemandangan seluruh pulau ni?” Hanis mengangguk. Tangannya memegang erat tempat duduk. Kepalanya terasa berpinar. Tekaknya mual. Bot itu di pandu terlalu laju.
“Adam... awak bawa laju sangat ni. Saya peninglah...” Hanis mengusap-ngusap dahinya.
“Mana ada...Ni dah cukup perlahan dah ni... Dah nak sampai dah...” Adam membelok tajam melewati tunggul di hadapannya. Pegangan Hanis terlepas. Di jatuh bergolek ke tepi bot. Kepalanya terhantuk kuat pada ice box di tepi bot.
“Hanis!!!”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Apa yang Hanis buat ni?”
“Abang Riz! Macam mana abang boleh ada kat sini?”Hanis memerhati di sekelilingnya. Semuanya putih. Tidak berdinding, tidak berlantai mahupun berlangit.
“Abang tanya jawab!” Rizal membentak keras. Mukanya merah menahan marah. Hanis tergamam. Lelaki yang amat di kenalinya itu berubah karakter.
“Apa yang Hanis buat? Hanis tak fahamlah.”
“Hanis curang dengan abang! Hanis tipu abang. Hanis janji setia. Tapi siapa lelaki ni?” saat itu Adam muncul di antara mereka. Mukanya tersenyum sinis memandang Hanis. Entah mengapa hatinya sakit memandang wajah itu.
“Hanis, bangun Hanis! Sedarlah... Dia bukan oarang yang sesuai untuk Hanis. Sampai hati Hanis buang abang jauh-jauh dari hati Hanis.” Rizal mengatur langkah meninggalkan Hanis.
“Abang Riz! Dengar penjelasan Hanis. Abang Riz...!”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Hanis...” Dahinya terasa sejuk. Kemudian suam. Pedih bagai menusuk otaknya. Matanya di buka perlahan.
“Maafkan saya. Saya tak sangka awak akan jatuh.” Hanis berusaha bangun dari pembaringanya. Namun kepalanya bagai diketuk-ketuk. Dia teringat minyak angin yang di bawanya dari chalet. Ingin diambil dari dalam poketnya. Namun semunya kosong. Tiada seurat benang pun meliputi tubuhnya. Hanya selimut tebal menjadi pelindung.
“Sampai hati awak buat saya macam ni?” Adam mengalih pandangannya ke luar. Wajahnya tiada tanda bersalah.
“Siapa Rizal?” Hanis tidak menjawab. Soalannya sendiri tidak berjawab.
“Aku kata siapa Rizal!!!” Adam membentak marah! Bahu Hanis sudah bergetar. Dia teresak-esak menangis. Adam mengusap rambutnya ke belakang. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah pembaringan Hanis. Dia cuba mengusap pipi mulus Hanis yang sudah di banjiri air mata tetapi di tepis lembut oleh Hanis yang masih lemah.
“Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku pada kau?” esakannya semakin kuat.
“Aku saya terlalu sayangkan kau. Aku tak nak kehilangan kau. Aku nak kau jadi milik aku buat selamanya.”
“Tapi bukan begini caranya! Sampai hati kau ragut kesucian aku? Kesucian yang aku pertahankan selama ini? Kau tahu tak apa erti kesucian pada seorang gadis? Aku dah tak suci... Aku dah tak suci!” suaranya meninggi bersama-sama esakannya. Adam buat muka bersahaja.
“Aku tak berniat nak rampas kesucian kau. Aku cuma nak kau rasa sakit macam apa yang aku rasa.” Hanis tergamam. Dia tidak sedar yang dia pernah menyakiti hati lelaki itu.
“Waktu aku di belasah kat depan kampus, kau tinggalkan aku seorang diri. Aku tak sangka kau tak berperi kemanusiaan langsung. Aku pertahankan nyawa kau... kau tinggalkan aku! Dan buat pengehtahuan kau, aku tak pernah ada barah otak!” Adam bagai mendapat kekuatanya kembali. Benar...niat hatinya hanyalah untuk menyakitkan hati Hanis. Namun nama Rizal yang di sebut-sebut Hanis ketika pengsan tadi membakar hatinya. Jiwanya yang muda itu pantang dicabar. Apatah lagi mendengar nama lelaki lain di bibir gadis itu. Hanis! Kenapa bukan saya yang awak mimpikan? Arghhh...!
Air mata Hanis bergenang dan perlahan-lahan mengalir. Kekesalan bersarang di hatinya. Abang Riz... maafkan Hanis. Kata-kata Adam tidak diendahkan. Hanis memandang jauh ke luar. Mengenang dirinya yang sudah tiada gunanya lagi. Hanis berusaha bangun dari pembaringannya.
“Aku nak balik. Keluar dari sini!”
“Hanis...mafkan aku...” Hanis tidak memandang wajahnya. Sakit hatinya membuak-buak.
“Keluar dari sini!” Hanis membentak. Adam baran. Kesabaran untuk menahan egonya semakin tipis.
“Fine! Pergi mati dengan Rizal kau tu!” Hanis terkejut. Adam keluar dari bilik itu sambil menghempas pintu. Hanis tertunduk. Dia menangis lagi untuk entah ke berapa kalinya untuk lelaki bernama ADAM.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Hari itu sungguh mendung. Awan turut bersama berarak bagai membawa pergi hari cerah yang indah. Namun, tidak sedikit pun awan itu membawa pergi kesedihannya. Semuanya masih lekat di hati. Bagai baru semalam peristiwa di pulau itu berlaku.
Pulang dari pulau, Hanis tidak pulang ke kampus. Dia menangguhkan pengajiannya. 2 bulan bagai 2 saat dirasakan berlalu. Esok dia perlu pulang ke kampus. Sudah banyak kuliah yang ditinggalkan. Sudah lama dia menjauhi semua orang. Malah Alia juga jarang dihubungi. Alasannya mahu menenangkan diri.
Acapkali Alia menghubungi Hanis, sekerap itu jugalah topik tentang Adam diperkatakan. Lelaki yang dulunya ego, panas baran, segak, macho dan digilai ramai kini hilang arah tuju. Di mana-mana sahaja, mulutnya tidak lepas dari menyebut nama Hanis. Adam bagaikan orang gila. Sudah dua bulan dia tidak menjejakkan kaki ke kampus. Bila ditanya kepada ibu bapanya, mereka kata, Adam di pulau. Kunci diri dalam sebuah bilik. Entah apa yang ada dalam bilik itu. Tidak ada sesiapa yang di benarkan masuk atau membuat ‘room services’. Alia juga pernah bertanya pada Hanis, apa makna bilik itu pada Adam. Hanis berpura-pura tidak tahu.
Setiap kali ditanyakan tentang bilik itu, tubuh Hanis menggigil. Air matanya mengalir. Di situlah segalanya bermula. Di situlah dia kehilangan mahkotanya. Di situlah dia bergelumang dengan maksiat dan dosa. Semua yang perit dan pedih, bermula di situ.
Sekerap itu juga, Adam menghantui Alia. Soalan yang sama kerap diutarakan. “Mana Hanis?”. Pernah sekali Adam ingin menampar Alia kerana jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Setiap kali soalan diutarakan, pasti jawapannya “Tidak, aku tak tahu,”. Mujurlah Ashraf setia bersamanya.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Apa yang kau menungkan tu, Nis? Muka kau ni mak tengok macam bini kena tinggal laki aje. Apa kena kau ni. Dah dua bulan kau duduk kat rumah ni. Nak tengok kau senyum pun susah.” Mak Limah membebel panjang lebar. Hanis tarik muka. Bosan dengan leteran ibunya itu. Leteran itu kerap kali di dengarnya semenjak dia pulang ke kampung. Namun tidak terlintas pun di hatinya untuk menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya. Pasti hancur luluh hati ibunya nanti. Bila mengenangkan satu-satunya anak yang dibela dari kecil bagai minyak yang penuh, hancur tidak berguna.
“Esok Hanis dah nak balik mak. Tak payahla mak tengok muka Hanis lagi.”
“Heh budak ni, aku cakap lain, kau cakap lain. Ada aku kata aku dah bosan tengok muka kau? Mak takut nanti dah jadi bini orang, muka masam mencuka. Tak lamalah jawabnya. Jadi janda la kau.”
“Eh mak ni, kenapa doakan Hanis macam tu. Nanti kalau Hanis dah kahwin, takkanlah Hanis nak buat macam ni.” Hanis memuncungkan bibirnya. Matanya dijulingkan. Tingkah lakunya itu mengundang tawa Mak Limah.
“Tapi engkau tu dah jadi tunang orang. Kau kena ingat. Jangan nak menggatal dengan jantan lain pulak.” Hanis tersentak. Kata-kata ibunya sebentar tadi bagai menghentam kuat benaknya. Aku dah bertunang? Bila masa? Hatinya menggumam sendiri.
“Mak cakap apa ni? Hanis tak pernah tau pun? Mak pun tak pernah cakap dengan Hanis. Entah-entah, mak tipu tak?”
“Buat apalah mak tipu engkau? Ala...kau kenal budak tu. Dulu kita baik dengan keluarga dia. Dah lama dia tak balik kampung. Ada hal katanya. Bila balik, terus cari engkau. Mak pun terima je la. Mak tau, kau tak akan menolak.”
“Mak ni, suka hati je terima pinangan orang. Entah siapa-siapa agaknya.” Hanis berpaling sambil menghentak kaki masuk ke bilik. Hatinya belum bersedia untuk menerima semua ini. Luka hatinya masih berdarah. Mukanya disembamkan ke bantal. Air matanya membasahi permukaan bantal. Mukanya di angkat sedikit apabila terdengar ketukan di pintu.
“Tunang kau nak jumpa petang ni. Dia kata nak jumpa kau kat tepi sungai Dusun Abu.” Dahi Hanis berkerut. Dia tidak kenal siapa lelaki ini. Tidak pernah pun berjumpa. Namun dia nekad. Dirinya sudah pasti tidak layak untuk lelaki itu. Gadis yang tidak suci...
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Ehem...” Hanis menyapa lelaki yang membelakanginya. Dia berusaha menyembunyikan mengahnya. Jauh berjalan di bawah bahang tengah hari sudah lama tidak di amalkan. Hanis menilik tubuh lelaki di hadapannya. Bagai acapkali dilihat tubuh itu. Tetapi...
“Assalamualaikum..” tubuh sasa itu berpaling. Dengan senyuman yang terindah dan mata yang berwarna hazel, sudah mampu membuatkan Hanis rebah ke dalam sungai. Rona wajahnya berubah.
“Wa..alai..kum..salam...” jawapan yang diberikan tergagap-gagap. Dia masih cuba menyembunyikan kekalutannya. Namun tidak berjaya. Sudah lama lelaki ini pergi dari hidupnya.
“Macam tak suka aje abang datang?” Rizal menduga. Dia pelik melihat reaksi Hanis.
“Eh...tak lah... bukan tak suka. Tekejut sikit. Dah lama sampai kat sini?”
“Abang dah sampai 2 bulan yang lepas. Abang nak usha je dulu. Tapi abang tak sabar-sabar nak jumpa Hanis. Abang memang tak kasi Mak Limah bagi tahu Hanis pasal pertunangan tu. Saja nak bagi surprise. Hanis tak kisah kan?” Hanis tunduk. Apalah dayanya untuk menolak pinangan lelaki itu. Andai dirinya tidak kisah sekalipun, pasti Rizal akan berubah hati apabila mengehtahui kebenaran tentang dirinya nanti.
“Tak...abang pergi mana selama ni? kata 3 bulan, tapi dah bape tahun dah? Abang dah lupa jalan balik ke kampung ke?” Rizal tersenyum. Senyuman itu bagai menggegar pintu hati Hanis yang telah lama tertutup untuknya.
“Bukan lupa jalan balik, tapi abang nak mengejar cita-cita abang dulu. Supaya, bila abang dah kahwin dengan Hanis, Hanis bahagia.” Hanis tersenyum tawar. Kepalanya terasa berpinar-pinar, gelap.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Hanis...” Hanis menggerak-gerakkan matanya. Kepalanya masih berat. Namun dia boleh melihat Rizal yang duduk di sisinya. Wajahnya muram.
“Hanis kat mana ni?”
“Hanis kat klinik, pengsan tadi. Abang bawa pergi hospital. Agaknya happy sangat jumpa abang.” Rizal tersenyum. Namun senyumannya tidak seindah tadi. Hanis dapat mengesan sesuatu yang tidak enak.
“Terima kasih. Sorrylah.. Baru jumpa dah buat hal. Dah lama sangat tak jalan jauh agaknya.” Rizal merenung anak mata Hanis.
“Hanis siap. Abang ambil ubat, kita balik. Mesti Mak Limah risau.”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Siapa nama encik?” doktor muda itu menulis sesuatu pada kertas yang putih itu.
“Shahirul Rizal b. A. Hamid. Cik Hanis sakit apa?” doktor itu mempamerkan muka pelik.
“Erm..tahniah. Isteri En. Rizal hamil. Pengsan tu sintom pertama aje. Ada banyak lagi sintom-sintom yang akan Puan Hanis alami. Saya harap En Rizal jaga Puan Hanis baik-baik cause ini first baby. Macam-macam boleh jadi.” Berkecai hati Rizal saat mendengar kata-kata itu meluncur laju dari mulut doktor tersebut. Dia tidak pernah menyangka semua ini akan terjadi. Lamunannya di hentikan. Pandangannya dialihkan ke wajah Hanis yang sedari tadi hanya tunduk diam di sebelahnya. Penghawa dingin keretanya diperlahankan. Kesejukan yang menikam bagai mencucuk ke tulang sum-sum dan menambah pedih di hatinya.
“Hanis ok tak? Kalau tak ok abang hantar pergi hospital balik.”
“Eh... tak lah. Dah ok dah.” Hanis memandang luar,kosong.
“Abang nak tanya sikit boleh?” Rizal gementar. Perasaannya berkecamuk. Marah, geram, sebal, sedih. Semuanya bagai mahu dilempiaskan. Hanis mengangguk perlahan.
“Hanis hamil anak siapa?” Hanis terpempan. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Wajahnya merah. Perasaan malu mengasak-asak hatinya.
“Hanis..janganlah diam macam ni. Abang bingunglah.”Suaranya sedikit merayu. Tiada gunanya jika dia melempiaskan kekecewaannya kepada insan yang berhati tisu seperti Hanis. Penat menanti jawapan kepada soalan yang tidak terjawab, Rizal membelokkan keretanya ke taman reakreasi. Harapannya untuk Hanis menceritakan perkara yang sebenar berkobar-kobar.
Rizal memimpin Hanis berjalan ke tempat yang ditujui. Air mata Hanis mengalir perlahan. Hanya bunyi keluh kesah Hanis yang kedengaran di tempat sunyi tersebut.
“Hanis malu bang. Baik abang putuskan pertunangan kita. Hanis bukan perempuan baik yang abang harapkan. Hanis tidak sesuci dulu.” Air mata yang mengalir kian lebat membasahi pipinya yang gebu.
“Abang rasa, baby itu bukan atas kemahuan Hanis. Betul tak?” Hanis diam. Pandangannya masih ditundukkan. Dia mengangguk lambat.
“Tolonglah cerita perkara yang sebenar...abang tunang Hanis. Takkan perkara besar ni, abang tak boleh tahu?” Hanis berdiri. Dia berpeluk tubuh. Lengannya di gosok-gosok, dingin. Perlahan-lahan Hanis menceritakan semua perkara yang terjadi ke atas dirinya. Hatinya tersentuh dengan kata-kata lelaki itu yang bagai menabur penawar di atas luka di hatinya. Rizal menongkat kepala, kesal. Pada Rizal, semua ini adalah angkaranya. Andainya dia tidak meninggalkan Hanis, sudah pasti Hanis bahagia menjadi miliknya sekarang.
“Sudahlah. Abang hantarlah Hanis pulang. Biarlah Hanis bela baby ni sendiri. Semuanya salah Hanis.” Hanis mengatur langkah ke kereta.
“Abang tak akan hantar Hanis pulang ke rumah.” Hanis berpaling pantas.
“Kecuali kalau Hanis sudi jadi isteri abang.” Hanis tunduk. Sungguh suci dan setia cinta lelaki ini padanya. Namun cinta suci itu tidak harus dimilikinya. Biarlah Rizal kongsi cintanya yang suci itu bersama wanita lain yang jauh lebih baik dari dirinya.
“Tidak...kita tidak ditakdirkan bersama. Abang carilah wanita lain yang jauh lebih baik daripada Hanis.”
“Tidak! Hidup abang hanya untuk Hanis. Abang tak kisah siapa pun Hanis. Apa sejarah hitam Hanis. Kita buka lembaran baru. Baby Hanis tu...anak abang.” Hanis hilang kata-kata. Cinta suci yang dihulurkan begitu luhur. Cinta ingin dimiliki oleh semua insan, kini di hadapan mata.
“Tapi...,”
“Shh...,” Hanis terhenti. Rizal sudah melutut dihadapannya. Jarinya dilekapkan ke bibir yang basah itu. Kasihnya tidak boleh dipendam lagi. Dia amat mencintai gadis dihadapannya. Perlahan di menyeka air mata gadis itu yang masih mengalir. Akhirnya Hanis akur dalam dakapan Rizal.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Ya, maknanya dah 22 jam encik tak sedarkan diri. Bukan tak ada yang melawat, En. Ashraf ada malam tadi. Mungkin encik tak sedar. Lepas pemindahan darah, En. Adam pengsan. Tapi pukul 8 pagi tadi, dia dah keluar. Ada kuliah katanya. Teman wanita En. Adam pun dah keluar. Bertuah betul dapat girlfriend macam dia tu. Siang malam dia jaga encik, ”
“Siang malam dia jaga encik!”
“Kau yang bodoh! Fikir ikut nafsu. Kau tengok apa kau dah buat? Nak balas dendam konon! Apa salah dia pada engkau? Dia derma darah dia. Kau hidup dengan apa? Dengan darah dia. Apa kau buat pada dia? Kau ambil maruah dia Adam? Kau memang tak guna!” ayat itu sering berlegar di benaknya. Dimatanya hanya terbayang wajah Hanis yang sedang menangis, kesedihan.
“Maafkan aku Hanis!” ketukan di pintu mematikan lamunannya.
“Adam, Ashraf datang. Dia tunggu kau kat bawah.”
“Dia nak apa kak?”
“Ea-eh. Manalah akak tahu? Kawan kau.” Adam menukar baju dan terus menemui Ashraf.
“Nah, kad undangan majlis perkahwinan.” Ashraf dan Alia merenung Adam. Tiada tanda bahagia di wajah mereka. Adam membuka kad undangan itu perlahan-lahan. Bagai hilang pertimbangan saat membaca nama yang tertera di atas kertas berwarna krim itu.
Âizal Dan Hanis
“Kami harap kau tabah Adam.” Wajah Adam bertukar penuh kekesalan. Hatinya sebak. Air matanya mengalir. Ternyata gadis ini mampu mengubah dirinya.
“Tak apa. Sudah takdir aku Ashraf, Alia. Aku pasrah. Aku akan pergi ke majlis itu.” Adam menyeka sisa air mata di pipinya. Kini dia kehilangan segalanya.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Sudah sering kau kirim surat
Namun tak pernah aku balas
Lalu ku kirimkan undangan
Agar kau tak mengharap
Rangkap lagu itu bagai menghiris hatinya. Namun Adam sedar bukan semua di bawah kuasanya. Perjalanan dirasakan terlalu jauh. Hatinya sakit. Dia sendiri tidak tahu adakah dia tabah bila melihat Hanis menjadi permaisuri di hati lelaki lain.
Mereka masuk ke dalam rumah. Mujur sempat. Adam menepung tawar untuk Hanis. Dia dapat melihat wajah yang amat dirinduinya itu. Penuh kesedihan dan kesengsaraan. Senyuman yang dilemparkan tidak langsung melambangkan kebahagiaan yang bakal dikecapi.
Hanis terpempan, dia tidak menyangka lelaki itu akan hadir ke majlis perkahwinannya. Ingin saja dia mengalihkan matanya ke arah lain, namun bagai ada sesuatu yang membuatkan pandangannya tertancap pada wajah cengkung yang dulunya baby face itu. Air matanya bergenang. Ada suatu perasaan yang ingin diluahkan kepada Adam. Tetapi dia sendiri tidak mengerti apakah perasaan itu.
“Thanks sebab sudi datang ke majlis perkahwinan kami.” Rizal berbual ramah. Hanis hanya tunduk. Dia tidak tabah untuk memandang wajah Adam. Hatinya terlalu pilu.
“Excuse me...” Hanis bangun dan meminta izin untuk pergi. Alia mengekorinya dari belakang.
“Hanis...” Alia menyapa lembut. Hanis berpusing menghadap Alia.
“Aku tengok kau macam tak happy dengan perkahwinan kau ni. Kau kena kahwin paksa ke? Ataupun kau masih mencintai, Adam?” Hanis tunduk diam. Perlukah dia memberitahu perkara yang sebenar kepada Alia?
“Aku hamil anak Adam,” Alia tergamam. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Kini dia tahu apa yang berlaku hingga Hanis tidak mahu menjejakkan lagi kakinya ke kampus dan apa yang ada di dalam bilik di sebuah pulau.
“Aku tak tahu nak cakap apa. Kenapa kau kahwin dengan Rizal kalau kau mengandung anak Adam? Kau dah buat keputusan yang salah.”
“Aku tak tahu. Aku tak mampu nak buat keputusan. Antara cinta suci Rizal dan tanggungjawab Adam.”
“Kau masih mencintai Adam? Setelah apa yang dia lakukan pada engkau?” Hanis diam. Dia sendiri tidak mampu mentafsir perasaannya.
“Sudahlah Alia. Semuanya dah terjadi. Bukan jodoh aku dengan Adam,” Hanis berpaling meninggalkan Alia. Pilu dihati biarlah dia sendiri yang menanggungnya.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Semuanya dirasakan pantas berlalu. Sudah sebulan Hanis melahirkan Farisha. Rizal memang suami yang baik. Hanis bersyukur kerana dia dapat memiliki lelaki itu. Kasih sayang Rizal terhadap dirinya tidak langsung berbelah bagi. Setiap kasih yang dihulurkan terasa tulusnya.
Rizal sering bersama Hanis. Menjaga Hanis sebaiknya. Malah Rizal tidak pernah mengungkit siapa bapa bayi itu. Rizal menyayangi Farisha seperti anaknya sendiri. Hanis gusar. Sejak akhir-akhir ini, Rizal sering tidak sihat. Mukanya pucat bagai ditoreh tidak berdarah. Setiap kali dihalang daripada pergi ke tempat kerja sudah pasti ada saja alasannya. Lamunannya terhenti dengan bunyi deringan telefon di atas meja.
“Hello? Puan Hanis ke ni?” suara itu kedengaran cemas.
“Ya? Ni siapa?”
“Saya setiausaha En. Rizal. Puan, tuan masuk hospital.” Ganggang telefon terlepas. Ya Allah apakah yang berlaku keatas suamiku? Adakah engkau sudah ingin mengambilnya dariku?
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
Pemandangan di taman bunga itu sungguh indah. Hanis menolak kerusi roda Rizal perlahan-lahan. Keduanya sunyi membisu. Mereka berhenti di bawah sepohon pokok yang rendang.
“Abang macam ada simpan rahsia je dengan sayang.” Desah nafasnya begitu kuat seolah-olah sedang menahan sebak yang teramat. Dada Hanis berat. Bagaikan dihempap seketul batu yang maha besar. Matanya mula berkaca. Rizal kaget.
“Rahsia apa? Abang tak faham apa maksud sayang.” Lahirnya. Hanis melepaskan satu keluhan panjang. Dia melutut di hadapan Rizal. Kolam matanya mula berair. Lalu air jernih yang terkandung sarat di dalamnya mulai melimpah keluar apabila muatannya melebihi had. Hanis tersedu-sedu menahan sebak.
“Abang tipu sayang kan?” ujarnya dengan suara sebak. Bulat mata Rizal merenung ke arah Hanis. Dia kehairanan.
“Apa yang Sayang katakan ni? Sayang jangan nak bergurau.” Soal Rizal lembut. Dalam keadaan begitu pun dia masih bertenang.
Hanis jadi lemah. Sedu-sedannya kian hebat. Air mata tambah lebat menitis ke pipinya. Kedua belah tangan Rizal digenggam dan di ramas. Hanis mengucup kedua belah tangan itu. Air matanya jatuh setitik dua ke atas tangan Rizal. Rizal tambah keliru.
“Cuba sayang terus terang. Cerita dengan abang perlahan-lahan. Jelaskan pada abang apa masalah sayang. Apa benda yang abang tipu sayang? Tak baik tau tipu suami. Nanti tak boleh cium bau Syurga bawah kaki abang,” Rizal masih sempat bergurau. Hanis menyeka air mata dengan hujung jari. Lelaki itu tersenyum.
“Sayang nampak cantik bila nangis macam ni.” usiknya nakal. “Macam Bob Dog!”
Hanis tersipu. Lengan Rizal di cubit mesra. Lelaki itu menggeliat kesakitan. Dia tersenyum. Hanis renung wajah lelaki itu. Ada suatu perasaan halus yang menyelinap dalam sanubarinya apabila menatap wajah kudus itu.
Rizal tidak mengalihkan pandangannya. Dia menentang pandangan mata Hanis. Sambil itu tangannya merayap ke bahu Hanis dan meramas lembut tubuh isterinya itu.
Hanis menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba mencari kata-kata yang sesuai dilafazkan. Hatinya sebak setiap kali mengenangkan masa yang kian suntuk.
“Abang...sayang sudah tahu. Selama ini abang menghidap kanser tulang. Kenapa mesti berahsia dengan sayang, bang? Sayang berhak untuk tahu kerana sayang isteri abang!”tegas Hanis. Rizal senyum. Dia tampak tenang. Sedikit pun tidak terpamer riak kekagetan di wajahnya yang tampan.
“Sayang cintakan abang. Sayang tak mahu kehilangan abang. Abanglah syurga sayang. Sayang tak mahu abang mati!” bentak Hanis tiba-tiba. Dada Rizal sekali lagi menjadi sasarannya. Basah dada bidang itu dengan limpahan air hangat dari kolam mata Hanis.
“Abang...jangan tinggalkan sayang!”
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Kenapa tak bagitahu dari awal?” Ujar Mak Limah. Kesal bersarang di hatinya. Rizal tercungap-cungap menarik nafas. Kasihan sungguh Hanis melihatnya. Dia kelihatan uzur dengan kepalanya yang botak dan wajahnya yang pucat itu. Kulitnya yang dahulu bersih dan tegang, kini kendur dan kusam seperti kulit orang tua.
“Senyumlah sayang...abang mahu menatap senyuman manja sayang buat kali terakhir, agar abang tenang di barzah kelak.” Hanis mengukir senyuman manis, teramat manis. Senyuman yang paling cantik pernah ditatap seumur hidupnya. Barisan giginya yang memutih dan tersusun cantik itu menyerlah.
“Ampunkan dosa-dosa sayang, bang.”
“Untuk apa sayang mintak maaf. Sedangkan, sayang tak pernah pun buat salah dengan abang.. abang bahagia jadi suami sayang.” Nafas Rizal turun naik. Wajahnya berkerut. Hanis mulai gemuruh. Tubuh suaminya itu menggigil kuat. Tangan Rizal meraba-raba seluruh tubuhnya. Hanis segera menerkam tangan suaminya. Berkali-kali tangan kudus itu di cium. Hanis semakin sebak menahan kepiluan yang sudah tidak terbendung lagi.
Rizal menghela nafas panjang. Mulutnya terkumat-kamit. Hanis merintih. Kalimah shahadah dilafazkan ke telinga suaminya itu perlahan. Mata Rizal terkatup rapat sedikit-demi sedikit. Dadanya berombak, turun naik. Secara tiba-tiba nafas Rizal tidak berombak lagi. Hanis telah kehilangan Rizal!
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam!” Pantas Adam menjawab. Dia bersalam dengan Hanis. Dia mempersilakan Adam duduk. Hanis duduk di kerusi kayu yang diperbuat daripada kayu oak berusia ratusan tahun itu. Dia membetulkan duduknya di atas kusyen pelapik agar lebih selesa.
“Awak sihat Hanis?” Sapa Adam. Hanis angguk.
“Budak mana?”
“Ikut maid pergi taman permainan,” pendek jawapan Hanis. Tutur bicaranya tidak serancak dulu. Senyumannya juga telah hilang serinya. Sinar mata yang dahulunya cerlang kian sirna. Luna masih berkabung rupanya.
Pisang goreng dihidang bersama teh. Tidak langsung dijamah Hanis. Adam hanya merasa sedikit. Terlalu gusar dengan keadaan yang sepi itu, Adam memohon diri. Hanis menghantar Adam hingga ke kereta.
“Saya masih cintakan awak Hanis. Percayalah. Maafkanlah kesilapan saya dulu.”
“Tapi saya...Bukan seperti dulu. Sukar untuk saya memaafkan awak. Tapi, saya akan cuba...”
“Saya tetap menanti pintu hati awak terbuka untuk saya. Saya hanya cinta awak seorang.” Hanis tunduk diam. Otaknya berputar lugat. Menghantar pemergian Adam dengan pandangan sayu, terharu!
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Hanis dah fikir betul-betul?” Hanis tunduk. Jarinya rancak memainkan anak kunci di permukaan meja.
“Mak tak menghalang. Terpulanglah, itu hak Hanis,” kata Mak Limah lembut.
“Si Farisha tu pun dah besar. Dah pandai bertanyakan ayah mereka. Eloklah kalau Hanis nak cari ganti. Adam tu pun baik orangnya. Dia sayangkan Isha macam anak sendiri. Sanggup dia cari kerja di sini semata-mata kerana Hanis,”
Mak Limah tersenyum hambar. Wajah anak perempuan tunggalnya itu ditatap denagn hati yang bergelora. Luna terlalu muda untuk mengharungi semua kesukaran itu. Dalam usia 22 tahun dia sudah bergelar balu beranak satu. Dan kini usianya sudah 28 tahun.
Sudah enam tahun dia menjanda. Bersusah payah membesarkan anaknya tanpa bantuan orang lain. Jika benar dia sudah bersedia untuk mencari pengganti arwah suaminya, tiada siapa pun yang dapat menghalang. Dia berhak ke atas dirinya.
^_`abcdefghi^_`abcdefghi^_`abcdefghi
“Assalamualaikum,” Hanis tersenyum. Adam menepuk bahu Hanis yang masih di baluti telekung. Hanis menyambut tangan kanan suaminya. Tangan kudus itu dikucupnya dengan penuh kasih sayang dan hormat. Tangan itulah yang akan membelainya kelak. Ada air hangat yang jatuh di belakang tangan Hanis.
“Hanis menangis? Kenapa sayang? Hanis kesal menikahi abang? Hanis masih ingatkan arwah?” di kamar indah itu Hanis termanggu seketika. Kira-kira tujuh tahun lalu, di kamar itulah di melalui malam pengantinnya bersama Rizal. Dan malam ini sekali lagi dia bergelar pengantin tetapi bukan Rizal yang menjadi pengantin lelakinya.
“Hanis terharu bang... tak sangka abang masih mencintai Hanis. Terima kasih...” Farel tersenyum. Kehadiran semula dirinya mngetuk pintu hati Hanis. Lelaki itu tulus menghulur cintanya yang terhenti sekian lama. Hanis bersyukur kerana dia punya tempat untuk berkongsi kasih.
“Abang pun nak ucapkan terima kasih sangat pada Hanis sebab sudi maafkan abang, terima abang semula. Hanis tak tahu betapa besarnya erti sebuah kemaafan tu pada kita...”