Salam.. Hye sume. hari nie nak share petua (cam tajuk) untuk kulit kita2. actually dah lama tgk rancangan nie. tapi dgn izin Allah, tertgk episode yg interesting gila nie "Star King Episode 345". besides, hari ni g mydin jumpa asyraf muslim and marlia musa (btol ke?). diorg nga promote product baru dari korea. damasara, damasutra, damusara ka apa ntah. sebotol dekat 100 lbeyh. pack percubaan baru rm 25. tapi kecik jer. pakai bpe lama? sedangkan org korea sendiri ada guna cara yang lebih mudah and selamat untuk cantik. btol tak? so ada buat skin analysis. muka separuh berminyak, separuh kering, pastu minyak banyak kat bahagian t-bone, muka mudah mengalami pigmentasi, sebab darah tak sampai ke kulit muka. huh menakutkan.
http://mblaqtv.weebly.com/13/post/2013/12/131207-show-seungho-mir-on-star-king-ep-345.html#.U10j-KLwqa4
sorry to say that before korang nak paham petua nie. korang kene tgk video nie sebab kat video nie mmg dia tayang live apa beza kulit kita sebelum dan selepas guna produk nie nanti. tapi dah puas rayau cari subtitle. tak ada. Sesiapa yang ada link eng sub untuk episode nie, hope korg bleyh share sama-sama, untuk kebaikan kita sama-sama. hee...
thus, pe yang saya share kat kat entry nie adalah sedikit translate pada momen2 penting dalam video nie. kira macam pra translate lah ea. itupun berdasarkan memory semasa menonton episode ini di astro beberapa bulan yang lepas. huhu petua nie jugak mempunyai target market yang paling penting iaitu surirumah. brg2 yg nak digunakan pun ada kat dapur kita and recycle are better way to reduce pencemaran alam and green house.....................................
MINUTE - ITEM
00.00 - persembahan gelas. cam osem kan? hee
18.22 - pakar masuk. dia nie adalah pemilik spa and penasihat / pemelihara kulit2 artis2 korea pada pic tue yang mmg natural beauty cantik ok.
19.40 - hos memperkenalkan doktor pakar kulit
21.40 - tak ingat sgt pe yg dia scan kat pic besar2 tue. tapi dia ada tayang umur berdasarkan kulit muka.
26.07 - dia reveal rahsia kulit muka sihat. pucuk / daun lobak yng di keringkan cam pic td.
26.35 - show macam mana kadar nak blend daun lobak tue. kalau boleh biar halus. sbab nak buat scrub.
26.47 - resipi scrub. daun lobak yang telah dikisar halus dengan madu. campurkan ikut ratio korg. haha. pandai2 lah yer.. asalkan jadi scrubnya. kalau kat google ada orang campur sekali olive oil. ada jugak yang tak guna daun. tapi guna lobak sebiji.
27.52 - doktor reveal kulit testimoni yang kering dan berminyak, liang roma terbuka. selaput kulit kering pun boleh nampak gak. suppose mcm ada corak tiga segi kat kulit kita. tu bru kulit sihat.
29.21 - pakar reveal kelembapan kulit testimoni adalah hanya 20.2% sedangkan kadar sepatutnya ialah 30% dan ke atas.
32.19 - selepas 15 min, doktor reveal kulit testimoni yg makin pulih. kelembapan pun meningkat kot!
34.40 - masker, tapi ada kene guna wine. haram. so tak tahu. haha
37.18 - study testimoni seterusnya. diorg masalah kulit kering yang teruk sempena musim sejuk n kering (yekot. tgk kaki diorg dah macam kene dera pun ada. tak lah cantik sangat pun! hahahaha)
37.42 - scanner show kulit kering
38.16 - kaki lagi scary. liang roma dah macam kene korek. eeeeee structure kulit pun berterabur
39.14 - makan isi limau and keringkan kulitnya. keringkan beberapa waktu sampai boleh blend jadi serbuk. tapi jgn bagi lalat hinggap lak. sat g klua ulat lak kat muka.
39.38 - campur ngan brown sugar ikut kuantiti yang ditunjukkan tau. campur ngan air supaya boleh jadi masker.
40.06 - gosok/gonyoh ramuan kat muka untuk tanggalkan sel-sel kulit mati.
40.50 - bilas dengan air bersih.
41.19 - scanner reveal kulit kaki cantik, berstructure and lubang-lubang periuk api tu dah hilang.
41.57 - kulit muka bersih
42.48 - show tumit kaki kering, mengelupas ekstream
43.24 - dia show blend kulit telur. tapi jangan terlalu hancur sebab bukan nak buat scrub, nak buat kikis kulit kering k
43.47 - pakar sugest campur kulit telur dengan krim badan. apa-apa krim pun boleh. yang expired pun boleh. sebab bukan korg nak sapu lelama pun kat badan. korg just guna krim tu sekejap untuk buat kulit telur jadi sticky and bleyh jadi ramuan untuk sapu2 t. better pakai krim pelembap kot? hehe
44.06 - sapu pada bahagian bermasalah. gonyoh / gosok sungguh2 tau. jgn men2. haha biaq pi tanggal sume daki2 kulat2 degil tu k
44.36 - kulit kaki nampak macam dah bersih. macam lah. sama gak macam kita sapu krim kat kulit kering. nampak mcm dah soft. padahal belum ok. haha
44.41 - pakar guna pembuka botol untuk kikis kulit kering. kita mgkin boleh guna pembaris ker, atau apa-apa yang seumpamanya. hehe... jgn pakai pisau lak. huhu nampak tak yang terhasil dari pembuka botol tulah kulit yang kering tadi. bukan senang2 je nak tanggal bila sekali gosok je tau. dah bersih daaaaa
klu korg confius and tak faham langsung explaination yang detail macam kat atas. ni resipi secara shortcutnye k.
Untuk muka (kering, berminyak, liang pori terbuka, etc)
(1)
Bahan
- daun lobak yang telah dikeringkan / buah lobak
- madu / olive oil / kedua2nya
Cara
- kisah daun lobak hingga halus
- gaulkan dengan madu secukupnya hingga boleh menjadi masker.
- sapu ke muka and biar 15 min sebelum basuh
(2) - boleh juga digunakan untuk kulit kaki
Bahan
- kulit limau
- gula perang / brown sugar
- air
Cara
- keringkan kulit limau sekering-keringnya hingga boleh di blend menjadi serbuk
- campur kan dengan gula perang dan air dengan nisbah 3:1:2
- gaul dan sapukan ke muka/kulit. gosok secara menyeluruh dan basuh sehingga bersih.
Untuk kulit kering dan rosak di bahagian tumit dan seumpamanya
Bahan
- kulit telur
- krim
Cara
- kisar kulit telur separa hancur supaya masih kasar untuk menggosok bahagian yang mengelupas
- campurkan dengan krim, apa-apa sahaja, expired pun boleh secukupnya supaya ramuan boleh disapu ke kaki.
- sapu pada kawasan tumit dan gosok dengan sedikit kuat dan bersungguh-sungguh haha
- gunakan pebuka botol atau pembaris atau apa sahaja seumpamanya untuk mengikis kulit kering di kawasan bermasalah. di larang menggunakan pisau. hehe
ok setakat nie jer nak share sebab dah ngantuk and sok tak compile lagi pun assigment untuk sok. well entry nie saya tujukan khas sebenarnya kepada afiq n mama. my classmate, soulmate, ronggengmate etc... bye adios amigos sayonara


















